zzzz

 


Apakah perkara yang mempengaruhi warna-warna dan corak ikan laga di badan sekiranya genetik ikan tersebut dominant? Jawapannya adalah:


PEMAKANAN


Ya, makanan atau diet ikan tersebut akan mempengaruhi sedikit sebanyak warna yang wujud di badan mereka. Kenapa makanan yang mempengaruhi warna-warna tersebut? Ini kerana proses pigmentasi (pigmentation) yang mempengaruhi warna sisik (scale) ikan itu. Dalam kata mudah, pigmentasi akan menentukan warna dan corak di badan ikan laga.


Pigmentasi ikan adalah satu proses yang agak rumit untuk diterangkan. Segala perkataan jargon dari bahasa sains akan membuatkan kita penin. Saya Cuma memudahkan untuk kita faham.


Terdapat 3 jenis pigment utama dan mereka wujud dalam sel yang unik dipanggil sebagai ‘chromatophores’.

  1. Hitam (melanin)
  2. Merah (erythrin)
  3. Kuning (xanthin)

Manakala bagi warna metallic/iridescent/dragonscale pula disebut iridocytes.


Warna yang terbentuk adalah hasil daripada gabungan pigmentasi yang ditonjolkan dalam chromatophores. Perkara ini digambarkan seperti dibawah:


Kuning (xanthine) chromatophore + metallic (iridocyte) = Kuning keemasan (gold/yellow metallic)


Begitulah bagaimana genotype ikan laga bewarna emas di sebalik tabir. Balik kepada isu pemakanan mempengaruhi warna ikan laga, seperti sedia maklum bahawa genetik memainkan peranan penting dalam corak dan warna akan tetapi ikan laga tidak boleh menghasilkan pigment secara sendiri tanpa zat-zat yang diambil melalui permakanan.


Sebagai contoh, warna merah (erythin) dan kuning (xanthin) terhasil daripada carotenoid, carotenoid pula banyak terkandung dalam ‘crustaceans’ seperti udang/BBS. Makanan yang tinggi protein juga mampu menguatkan warna yang sedia ada dalam sesuatu gen warna itu.


Oleh itu, berilah ikan laga kesayangan anda dengan makanan yang ‘high protein’ dan variasi kan dengan makanan hidup (live food). Ini kerana diet yang tinggi protein dan penuh zat mampu merangsang warna ikan laga anda.