10 Jenis Ikan Laga & Tips Mudah Jaga Di Rumah

Sama ada ikan laga kampung, ikan laga samurai, ikan laga crowntail sampailah kepada ikan laga halfmoon betta semuanya ada keistimewaan tersendiri. Jom tahu beberapa jenis, cara jaga, kebaikan dan risiko pelihara serta undang-undang yang ada di Malaysia ni! ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Bagi ramai orang, haiwan peliharaan adalah perkara penting dalam hidup mereka. Lebih-lebih lagi yang tinggal seorang, taklah sunyi sangat kalau bela kucing ke kan… Kalau anda nak tahu, dari segi ekosistem, hubungan antara haiwan dan manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Apa yang menariknya, manusia dengan haiwan ini boleh mewujudkan satu hubungan alam yang unik. Pernah dengar Teori Biophilia? Ha. . . dari segi psikologi, teori ini mengatakan interaksi antara manusia dengan haiwan dapat memberikan perasaan positif kepada manusia. Tapi, ada juga pengurusan bangunan yang tak benarkan penghuninya membela haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing. Jadi, apa haiwan yang boleh anda bela tanpa langgar peraturan? Ikan lah paling mudah! Malah, kajian Dilansir Tonic Vice membuktikan bahawa tekanan darah dan denyutan nadi dapat dikawal dengan hanya melihat ikan berenang selama 10 minit saja. Maknanya, bela ikan sebagai haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai Animal Assisted Therapy lah! ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Jom Kenali Ikan Laga! Ikan laga atau nama genus saintifiknya Betta ni ada 73 spesies tau! Yang paling terkenal tentulah Betta splendens atau Ikan Laga Siam. Kalau Ikan Laga Kampung pula ia spesies Betta imbellis. Ha tu baru 2 spesies, ada 71 lagi. Dahulunya, ikan laga hidup di kawasan air tawar. Sebab itulah ia senang dijumpai di parit dan bendang terutamanya ikan laga kampung. Malah, permintaan terhadap ikan laga naik mendadak sejak PKP diisytiharkan pada tahun lepas. Mungkin sebab bosan terperap saja di rumah, itu yang ramai bela ikan laga sebagai hobi baru! Ikan laga ini terkenal sebab warna dan bentuknya yang pelbagai terutamanya bahagian ekor. Bukan main beralun lagi bila berenang. Memang cantik! Tapi, ada juga yang bela semata-mata untuk dipertaruhkan dalam pertandingan laga. Walaupun kecil sebesar jari kelingking saja, ikan laga hebat dalam ‘melaga’. Tenaga dan skill melaganya berbeza mengikut jenis. Lagi power lagi mahal harganya sampai mencecah ribuan ringgit! Menarik kan? Asyik bela kucing saja, boring! Apa kata kali ini anda bela ikan laga pula. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jom tengok beberapa jenis ikan laga yang ada! Jenis Ikan Laga Ikan laga ni memang lawa di ekornya. Tapi bukan semua ekor tu sama tau. Jom kita teliti beberapa jenis yang terkenal ni. 1. Ikan Laga Kampung/ Peaceful Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Ikan laga kampung atau dikenali juga dengan nama Peaceful Betta/ Crescent Betta ni hanya ada di Asia Tenggara je di Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand. Selalunya ia hidup di kawasan sawah padi, paya, sungai dan kolam. Saiznya pula sekitar 2 hingga 2 setengah inci dan boleh hidup sampai 4 tahun. Ikan laga kampung ni dapat nama 'peacefull' tu sebab berbanding ikan laga lain, ia lebih lemah lembut dan tak suka bergaduh sampai boleh letak sekali dengan ikan lain. Malah, kalau letak dalam akuarium cukup luas dengan tumbuhan hijau mencukupi, ia boleh hidup berpasangan. Memang aman damai je... 2. Ikan Laga Halfmoon Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Digelar Halfmoon Betta kerana bentuk ekornya yang 180 darjah kelihatan sakan-akan bulan separuh penuh. Jenis ini melambak-lambak dekat Malaysia. Harga Halfmoon Betta lebih kurang antara RM20.00-RM30.00 ringgit seekor mengikut umur, warna, jantina, bentuk ekor dan saiz. Ia juga tergolong dalam ikan laga paling cantik di dunia. Sebab itulah ia bernilai tinggi kerana memerlukan proses pembiakan yang banyak untuk mendapatkan Halfmoon yang sempurna. 3. Ikan Laga Double Tail Betta (DT) ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Ekor terbelah dua menjadi simbolik Double Tail Betta kerana alunan lenggok ekornya semasa berenang kelihatan seolah ada dua ekor. Keluarga DT atau nama lainnya Ikan Laga Ekor Cabang boleh datang dari pelbagai jenis seperti Halfmoon, Crowntail, Veiltail, dan Giant. DT yang betul-betul menjadi boleh dilihat apabila ekor belakangnya berbentuk tepat 180 darjah dan belahan di depan pula berbentuk semetri. Tapi, sebenarnya susah tau nak dapatkan DT yang sempurna. Kalau ada pun, harganya agak tinggi. 4. Ikan Laga Crowntail Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Crowntail Beta digelar Ikan Laga Matarahari disebabkan ekornya yang kelihatan seperti pancaran sinaran cahaya matahari. Lain pula dengan orang Barat yang melabel bentuk ekornya seperti Mahkota atau Crown. Katanya berasal dari Indonesia dan cukup dikenali dengan nama Chupang. Bentuk ekornya terhasil bergantung pada jumlah tulang dan cabang. Jika semua cabang ekor belakangnya sempurna 180 darjah, bolehlah mark-up harga kaw-kaw sebab itulah Crowntail yang menjadi rebutan pasaran! 5. Ikan Laga Plakat Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Plakat Betta paling senang untuk dikenali kerana mempunyai dua sirip. Sirip atasnya pendek berbanding sirip bawah. Ekornya pula berbentuk halfmoon pendek. Jangan keliru antara Plakat Traditional Show dengan Plakat Modern Show pula! Traditional Show adalah jenis ikan laga yang mempunyai struktur ekor D bulat tanpa cabang serta sirip bawah berbentuk trapezium. Ekor Plakat Modern Show pula bercabang dan bentuk semetrinya lebih dominan. Hanya benih-benih yang terpilih saja dapat menghasilkan Plakat jenis ini. 6. Ikan Laga Veiltail Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Sirip dan ekor yang labuh dan jatuh seperti langsir menjadikan Veiltail mudah untuk dikesan. Ia juga antara yang paling senang didapati di Malaysia. Permintaan Veiltail Betta di pasaran tidak begitu banyak persaingan. Sebabnya, ia mudah dibiakkan dan peratus nak dapatkan baka yang kacuk itu sangat rendah. Mungkin, sebab itulah harganya lebih murah berbanding ikan laga yang lain. Kalau dalam carta ratu ikan laga tercantik tu, Veiltail Betta antara yang tercorot. 7. Ikan Laga Elephant Ear Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Lincah berenang! Digelar Elephant Ear Betta kerana sirip kiri dan kanan mirip telinga gajah apabila beralun-alun di dalam air. Jenis jantan lebih suka menyerang dan menjadi dominan. Sebab itulah tak boleh letak dua ekor jantan Elephant Ear Betta dalam bekas yang sama. Boleh mati salah seekor kerana berlaga sesama sendiri. Walaupun agresif, ia menjadi buah hati kebanyakan pemelihara ikan laga! Mungkin kerana campuran warnanya yang pelbagai dan unik? 8. Ikan Laga Rosetail Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Ala-ala puteri kayangan gitu. Begitulah gambaran yang secocok bagi Rosetail Betta kerana ekor yang berbentuk bunga dan beralun. Ini antara ikan laga paling komersial di pasaran. Tetapi, agak bahaya jika ekornya membesar terlalu lebat sebab ia akan melambatkan pergerakan ikan ketika berenang. Jadi, jangka hidupnya tidak begitu panjang. Kalau nak jadikan Rosetail sebagai ikan peliharaan, carilah yang masih kecil kerana tumbesaran tulang ekornya lebih seimbang dan terkawal. Mudah sikit nak bela! 9. Ikan Laga Avatar Betta ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Pada tahun 2019 dalam sebuah dalam pertandingan kecantikan ikan laga hiasan, Terengganu Betta Monsoon Cup Vol 3, spesis kacukan Avatar Betta telah menjadi juara dan dapat dijual pada harga RM7,000.00! Apa yang menariknya, kulit Avatar Betta ini akan memancar-mancar ketika dalam gelap. Namanya diambil sempena watak yang dimainkan di filem Avatar. Harga pasaran Avatar Betta ini antara yang paling mahal dijual iaitu daripada RM400.00 ke RM7,000.00 tau! Mesti anda dah terpikat dengan keanggunan ikan laga kan? Selain cantik dan agresif, ia juga agak sensitif. Jika silap caranya, ikan laga anda boleh mati begitu saja. 10. Ikan Laga Samurai ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Ikan laga Samurai ni unik kerana warnanya tak menyeluruh di seluruh sisik tubuhnya. Tapi, ketidaksempurnaan ni membentuk corak yang menakjubkan. Kalau nak tahu, ikan laga samurai ni adalah kacukan yang tak disengajakan hasil pembiakan ikan laga hitam bergenerasi lamanya di Thailand. ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga Lepas tu, pembiakan diteruskan dan sekarang dah ada beberapa warna ikan laga samurai seperti merah dan biru. Tapi, hitam tu masih menawan! Jangan risau, tak susah mana pun nak jaga ikan laga ini. Jom kami kongsikan tips bela yang power ni!